kata mutiara
*Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran
*Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal
*Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
*Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
*Kata - kata mutiara Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang
*Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
*Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah
*Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
*Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
*Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
*Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan *kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
*Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
*Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
*Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negaramu
*Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
*Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
*Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat
*Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
*Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
*Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia contoh surat lamaran kerja
*Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
*Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama?
*Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah *Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
*Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
*Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama
*Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah
*Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
*Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
*Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
*Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
*Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka
*Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
*Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
*Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
*Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
*Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
*Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
*Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
*Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
*Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
*Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
*Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
*Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
*Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh. contoh surat lamaran kerja
*Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
*Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
*Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
*Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
*Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
*Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar