Dzikir Obat Hati
HATI adalah tempat tersimpannya
iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak
bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal
pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan
hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
- Selalu mengingati (zikir)
Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan
sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang
sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati
iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
http://familiazam.com
- Hendaklah hati ini
sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda
kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati
menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita.
Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan
bebas daripada segala penyakit.
http://familiazam.com
- Berusaha memaksa diri
untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat
yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan
dan kebersihan hati.
http://familiazam.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar